Thursday, February 9, 2017

Pembiakkan Ikan Laga

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Post kali ni aku nk cter pasal cara nak biak ikan laga. Tapi tak semestinya korang ikut cara aku ni. Sebab cara aku ni cara paling malas la.. Hahaha..

Kalau korang ade tengok kt Youtube, Facebook atau otai-otai wat lain dari ini. Jangan lak cakap care dorang dok ajar lain jadi ajaran aku sesat. Mane la tau kan kot-kot dorang tu rajin. Tapi style aku memang pemalas habis. Hahaha..

Biasa korang akan dengar pasal "sesi suaikenal".. Kalau mat saleh cakap "icebreaking".. Tuan punya ikan laga akan meletakkan kedua dua ikan laga jantan dan betina dalam satu bekas tapi ikan laga betina diasingkan dengan mggunakan bekas telus cahaya atau transperant supaya si jantan dan si betina dapat bertentang mata tapi tak boleh touch-touch. Konon2 baru tunang la, belum nikah lagi.. Hahaha

Tapi cara aku lain.. Hahaha.. Takde sesi suaikenal.. Gelojoh kan.. Aku paham.. Hahaha..

1. Yang pertama, korang kene sediakan bekas yang besarnyer lebih kurang kertas A4. Biasa aku pkai bekas polisterin yang saiz S.

2. Isikan air tapis atau air ketapang sedalam lebih kurang sejengkal.

3. Kemudian, masukkan la pokok2 yang hidup di air seperti duckweed, azolla, corntail, frogbid, kiambang. Ikut suke la. Tp x perlu banyak sangat pun. Cuma untuk si jantan buat sarang buih dan si betina menyorok. Untuk masa depan lak, untuk fry bermain di akar-akar pokok ni.

4. Akhir sekali, korang campak je jantan dan betina dalam bekas tu. Xyah nak asing-asing. Siap. Tutup bekas tu untuk mengelakkan betina melompat keluar. Hahaha..

5. Dah siap semua, ko tunggu la 2-3 hari. Korang check balik ade sarang buih tak. Kalau ade tgk ade telur tak. Tp dalam masa yang sama, kene bg jantan dan betina tu makan tau. Jangan asyik mengintai je. Ketumbit mata korang baru tau.

Alhamdulillah.. Selesai sesi nk kawinkan ikan laga korang. Hahaha.. Mudahkan cara ni.. Aku biasa wat macam ni sbb aku tak de masa nak asing2 kan dorg. Tu yang aku men campak dan aku tak selalu ade dirumah.. So cara ni la paling mudah pada aku.

Jadi, kepada sesiapa yang situasi macam aku.. Boleh la cuba cara pemalas macam ni.. Hahaha..

Tuesday, February 7, 2017

Jenis Ikan Laga mengikut EKOR

What’s up Geng..!!
Dah kenal serba sedikit pasal ikan laga kan..?
Dah baca post yg sebelum ni kan..? kira dah pro la ni.. hahaha..!!

Kali ni jom kenal jenis-jenis, bukan species tau. Kalau species banyak jenis. Aku pun banyak yang tak tahu. Hahaha..

Ok, jom start. Mula-mula kita kenal Ikan laga ni mengikut EKOR dia..

Jenis Ikan Laga mengikut EKOR :
  1. Veil Tail (VT)
  2. Comb Tail
  3. Crown Tail (CT)
  4. Double Tail (DT)
  5. Halfmoon (HM)
  6. Plakat (PK)
  7. Rose Tail & Feather Tail
  8. Round Tail
  9. Spade Tail





Veil Tail



Betta Veil Tail, seperti yang kita tau bentuk ekor jenis ikan laga ni berekor panjang. Macam langsir. Kalau nak lagi paham, korang boleh Tanya mak, nenek, kakak atau adik perempuan korang. Tanya dorang, veil tu ape..? Sebab pasal veil ni dorang lebih arif. Hahaha...

Comb Tail



Siapa tau COMB tu ape..? Comb tu sikat. So maksudnya ikan laga jenis Comb Tail ni mempunyai ekor seakan akan sikat. Hampir menyerupai Crown Tail (akan diterangkan selepas ini) tetapi lain sedikit. Iaitu panjang cabang-cabang pada hujung ekor mereka. Cabang ekor Crown Tail lebih panjang dari Comb Tail.

Ikan laga jenis ini amat digemari oleh mereka yang menggunakan pomade untuk mengurus rambut mereka. Hahaha.. ini aku buat citer. Jangan caye..

Crown Tail



Ini ikan laga jenis bajet-bajet raja. Konon ade Mahkota raja la. Ikan Laga crown tail diberi nama kerana ekor mereka yang bercabang-cabang panjang. Nampak macam crown tapi tak sangat pun.

Ekor mereka memang sangat cantik sampai korang pun saying la nak campurkan dengan betina sebab takut betina gigit ekor dia halus-halus tu. Kurang satu cabang, buruk la ikan korang.

Double Tail



Haaa… Ini ikan laga cacat. Hahahaha… Kawan aku yang cakap. Sebab ekor dia ade belah kat tengah. Macam pelik. Tapi kalau dapat yang lawa, lawa betul. Jenis ikan ni, ikan pertama aku bela. Tua dah ikan tu, tau tahu la umur brape dia tu.


Half Moon Tail



Ini lak jenis yang sangat menarik. Dia kalau flare. Pergh.. Memang cantik. Pastu dia menari lak. Macam penari ballet tapi pakai kain besar giler macam dalam citer orang putih zaman-zaman Cinderella tu.. (Kuat betul pengaruh movie aku ni)

Ekor ikan laga ini mampu kembang sehingga sudut 180 darjah iaitu separuh bulatan. Berekor panjang dan kembang macam huruf D yang besar. Tp kena bela dalam bekas yang besar dan dalam supaya boleh isi air banyak skit sebab bila dia kembang kalau air terlalu cetek sirip atas dan bawah dia jadi bengkok atau terlipat. Lama-lama boleh jadi buruk. Jadi dia xleh kembang sepenuhnya.

Plakat



Ini lak jenis kegemaran aku. Berekor pendek dan boleh berkembang pada sudut 180 darjah. Lasak, tangkas dan menarik. Walaupun ekor dia pendek, tapi bile dia kembang (flare) lawa gak. Nampak sado, gagah, kacak. (macam aku.. hahahaha)

Sirip atas dia boleh jd mcm bentuk separuh bujur. Ekor pulak boleh kembang mcm huruf ‘D’. Sirip bawah dia bentuk macam bawah boat yang budak tadika selalu lukis. Nampak Solid la bile dia Flare.

Rose Tail



Rose Tail pula menggambarkan bahawa ekor ikan laga ini berbentuk seperti kelopak bunga. Boleh kembang macam Halfmoon tetapi hujung ekor dia x rata. Takde la bentuk macam kelopak bunga rose sebab tak sama langsung. Tapi disebabkan sebutan rose tu lebih menggambarkan bunga, so letak la rose. Kalau letak nama bunga lain pun boleh contoh bunga raya tail, melur tail, ocid tail pun boleh. Tapi pelik la bunyi dia.

Tapi kenapa orang x panggil flower Tail. Sedap gak.. hurmmm

Round Tail



Ini mudah dikenali. Jenis berekor bulat macam Ikan Laga Liar (Wild Beta). Dulu selalu jumpe kt kedai-kedai ikan. Tp sejak ikan laga yang jenis ekor kembang ni famous dah tak jupa yg round tail ni.

Spade Tail



Siapa penah main daun terup mesti dah biasa dengar perkataan SPADE ni. Yang tak tahu takpe, aku boleh citer. Tapi pasal ikan laga ekor spade ni la. Hahahha..


Spade ada berbentuk seperti daun yg berbentuk LOVE atau HATI. Kalau kat ekor ikan laga ni pulak, ikan itu seakan Round Tail tapi ade bucu kat tengah-tengah. Camne nak citer yer. Tengok gambar la senang yer. Hahaha…




Kesimpulan

Orait.. Ini sebahagian yang selalu kita jumpa.. Tak pasti ade yang lain atau tidak.. Kalau ade pun hampir-hampir semua nya.. Aku pun kadang xleh beza. Tp nnt jangan terkejut tau kalau jumpe jenih HMPK, OHMPK, OHM.. Itu semua pengaruh dari ekor-ekor mereka.. hahaha.. 

Kalau ade yang kurang jangan ragu-ragu nak bagitau kat sy.. Sy terima ape jua jenis pandangan, teguran yg positif. Sekian....


Monday, February 6, 2017

Ikan Laga..?




Hah..!! 
Sebelum kita bela ikan laga.. Meh berkenalan dulu dengan diorang..

Ikan laga panggilan kebiasaan kita. Tapi banyak lagi panggilan dia yang lain, contohnya ikan karim. Tapi nama cormercial BETTA. Mula-mula dengar tergelak gak. Ikan nama macam orang. Hahaha.....


Kebiasaannya ikan laga ni duduk kat sawah, paya bakau, lopak air. Orang-orang kampung memang expert la tangkap ikan nie. Dorang cakap kalau nampak buih-buih kat permukaan air, itu la sarang dia. Dah nampak ade buih, turus je sauk bawah buih tu. Kadang dorang pakai tangan jer.. Hahahha..


Tapi kalau yang kat Malaysia ni, jenis yang biasa je banyak. Orang panggil Sepilla. Warna agak kurang menarik. Tapi OK la wat collection. Sekurang-kurangnya ade gak la jenis ikan kelahiran Malaysia. Yang lawa-lawa banyak kat area Thailand.
Perghhh!! Memang lawa dan menarik hati, jantung, hempedu sume la. Warna dia pun cantik.

Species ikan laga ni ade banyak jenis, biasa yang kita jumpa kat kedai ikan tu Ikan Laga Siam. Nama pun dan lawa. Siam.. Siam.. Siam.. Awek Siam kan lawa..
Kap kun kap, masuk pintu keluar tingkap..

Tapi banyak lagi jenis dia. Sampai yang kita tak pernah tengok pun ade ikan camni. Tapi harga mahal la. Sebab jenis liar & fighter memang lawa. Corak dan warna dia. Orang-orang berjiwa seni je tau.. Macam aku!! Hahahaha..

Cukup sampai sini dulu pasal perkenalan ikan laga ni. Lepas ni aku citer pasal jenis lak.


Bye-bye~~✌✌