Tuesday, February 7, 2017

Jenis Ikan Laga mengikut EKOR

What’s up Geng..!!
Dah kenal serba sedikit pasal ikan laga kan..?
Dah baca post yg sebelum ni kan..? kira dah pro la ni.. hahaha..!!

Kali ni jom kenal jenis-jenis, bukan species tau. Kalau species banyak jenis. Aku pun banyak yang tak tahu. Hahaha..

Ok, jom start. Mula-mula kita kenal Ikan laga ni mengikut EKOR dia..

Jenis Ikan Laga mengikut EKOR :
  1. Veil Tail (VT)
  2. Comb Tail
  3. Crown Tail (CT)
  4. Double Tail (DT)
  5. Halfmoon (HM)
  6. Plakat (PK)
  7. Rose Tail & Feather Tail
  8. Round Tail
  9. Spade Tail





Veil Tail



Betta Veil Tail, seperti yang kita tau bentuk ekor jenis ikan laga ni berekor panjang. Macam langsir. Kalau nak lagi paham, korang boleh Tanya mak, nenek, kakak atau adik perempuan korang. Tanya dorang, veil tu ape..? Sebab pasal veil ni dorang lebih arif. Hahaha...

Comb Tail



Siapa tau COMB tu ape..? Comb tu sikat. So maksudnya ikan laga jenis Comb Tail ni mempunyai ekor seakan akan sikat. Hampir menyerupai Crown Tail (akan diterangkan selepas ini) tetapi lain sedikit. Iaitu panjang cabang-cabang pada hujung ekor mereka. Cabang ekor Crown Tail lebih panjang dari Comb Tail.

Ikan laga jenis ini amat digemari oleh mereka yang menggunakan pomade untuk mengurus rambut mereka. Hahaha.. ini aku buat citer. Jangan caye..

Crown Tail



Ini ikan laga jenis bajet-bajet raja. Konon ade Mahkota raja la. Ikan Laga crown tail diberi nama kerana ekor mereka yang bercabang-cabang panjang. Nampak macam crown tapi tak sangat pun.

Ekor mereka memang sangat cantik sampai korang pun saying la nak campurkan dengan betina sebab takut betina gigit ekor dia halus-halus tu. Kurang satu cabang, buruk la ikan korang.

Double Tail



Haaa… Ini ikan laga cacat. Hahahaha… Kawan aku yang cakap. Sebab ekor dia ade belah kat tengah. Macam pelik. Tapi kalau dapat yang lawa, lawa betul. Jenis ikan ni, ikan pertama aku bela. Tua dah ikan tu, tau tahu la umur brape dia tu.


Half Moon Tail



Ini lak jenis yang sangat menarik. Dia kalau flare. Pergh.. Memang cantik. Pastu dia menari lak. Macam penari ballet tapi pakai kain besar giler macam dalam citer orang putih zaman-zaman Cinderella tu.. (Kuat betul pengaruh movie aku ni)

Ekor ikan laga ini mampu kembang sehingga sudut 180 darjah iaitu separuh bulatan. Berekor panjang dan kembang macam huruf D yang besar. Tp kena bela dalam bekas yang besar dan dalam supaya boleh isi air banyak skit sebab bila dia kembang kalau air terlalu cetek sirip atas dan bawah dia jadi bengkok atau terlipat. Lama-lama boleh jadi buruk. Jadi dia xleh kembang sepenuhnya.

Plakat



Ini lak jenis kegemaran aku. Berekor pendek dan boleh berkembang pada sudut 180 darjah. Lasak, tangkas dan menarik. Walaupun ekor dia pendek, tapi bile dia kembang (flare) lawa gak. Nampak sado, gagah, kacak. (macam aku.. hahahaha)

Sirip atas dia boleh jd mcm bentuk separuh bujur. Ekor pulak boleh kembang mcm huruf ‘D’. Sirip bawah dia bentuk macam bawah boat yang budak tadika selalu lukis. Nampak Solid la bile dia Flare.

Rose Tail



Rose Tail pula menggambarkan bahawa ekor ikan laga ini berbentuk seperti kelopak bunga. Boleh kembang macam Halfmoon tetapi hujung ekor dia x rata. Takde la bentuk macam kelopak bunga rose sebab tak sama langsung. Tapi disebabkan sebutan rose tu lebih menggambarkan bunga, so letak la rose. Kalau letak nama bunga lain pun boleh contoh bunga raya tail, melur tail, ocid tail pun boleh. Tapi pelik la bunyi dia.

Tapi kenapa orang x panggil flower Tail. Sedap gak.. hurmmm

Round Tail



Ini mudah dikenali. Jenis berekor bulat macam Ikan Laga Liar (Wild Beta). Dulu selalu jumpe kt kedai-kedai ikan. Tp sejak ikan laga yang jenis ekor kembang ni famous dah tak jupa yg round tail ni.

Spade Tail



Siapa penah main daun terup mesti dah biasa dengar perkataan SPADE ni. Yang tak tahu takpe, aku boleh citer. Tapi pasal ikan laga ekor spade ni la. Hahahha..


Spade ada berbentuk seperti daun yg berbentuk LOVE atau HATI. Kalau kat ekor ikan laga ni pulak, ikan itu seakan Round Tail tapi ade bucu kat tengah-tengah. Camne nak citer yer. Tengok gambar la senang yer. Hahaha…




Kesimpulan

Orait.. Ini sebahagian yang selalu kita jumpa.. Tak pasti ade yang lain atau tidak.. Kalau ade pun hampir-hampir semua nya.. Aku pun kadang xleh beza. Tp nnt jangan terkejut tau kalau jumpe jenih HMPK, OHMPK, OHM.. Itu semua pengaruh dari ekor-ekor mereka.. hahaha.. 

Kalau ade yang kurang jangan ragu-ragu nak bagitau kat sy.. Sy terima ape jua jenis pandangan, teguran yg positif. Sekian....


2 comments:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa - Kmart
    Search online for “Borgata Hotel Casino & 천안 출장샵 Spa” on Jeopardy! - CBSDetroit.com. This site 김해 출장안마 uses cookies to 대전광역 출장안마 enhance your experience. 전라남도 출장마사지 You agree 문경 출장안마 to this by using this

    ReplyDelete